Girly Graphics

Friday 24 February 2012

Apa Itu Cinta ???







Cinta seperti matahari , ia tetap bercahaya . Walau malam menjelma , cahayanya tpada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya .

Cinta adalah santapan hati . Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong . Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali .

Cinta adalah buta . Cinta tidak mengenal usia ,paras rupa , mahupun kekayaan dan harta karun , tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain .

Tidak semua orang yang engkau cintai , mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas  dengan sikap tidak sopan . Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya , maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat .

Sayang tidak bermaksud cinta . Suka tidak serasi dengan cinta . KAgum tidak bererti cinta . Bangga tidak semestinya cinta . Cinta adalah 'CINTA' .

Cinta itu seperti sinar matahari , memberi TANPA megharap kembali .Cinta itu seperti sinar matahari , TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari . CInta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI .

Cinta umpama ' treasure hunt ' . Cinta cita akan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan . Namun di dalam perjalanana kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran . Andainya tidak mampu meneruskan , kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas orang lain . Tetapi tak usahlah kecewa . Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi , tetapi keseronokannya kita sudah rasa . Jadi bercintalah sepenuh hati . NAmun jangan letakkan harapan yang terlalu tinggi .

Kekecewaan amat perit untuk di telan . Terlalu payah untuk di lupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan .

Kadangkala orang yang mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya . Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu , Kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari ..

Cinta suatu yang indah ,, cinta boleh buat kita gundah ,, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalahan yang tak sudah .. 

Thanks For Reader.Sila Datang Lagi

No comments:

Post a Comment